Wednesday, July 31, 2013

Karangan Berbentuk Syarahan - Pembentukan Disiplin Anak-anak bermula dari Rumah



Anda akan menyertai pertandingan syarahan yang diadakan pada peringkat sekolah.Tajuk syarahan yang dipilih ialah ‘Pembentukan Disiplin Anak-anak bermula dari Rumah’.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, delegasi kehakiman terhormat, penjaga masa yang patuh akan setiap detik waktunya,seterusnya hadirin-hadirat warga dewan berdedikasi sekalian, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.Tegaknya angsana di dalm rimba keran pautan akar yang utuh, tegaknya saya pada hari ini adalah untuk mengupas,menghuraikan dan menyajikan kepada semua mengenai rajah pembentukan disiplin anak-anak bermula dari rumah.

Hadirin-hadirat warga budiman sekalian,

Frasa rumah sememangnya lazim dalam usaha membentuk jati diri dan integriti sesuatu bangsa yang khususnya terdiri daripada anak-anak yang juga merupakan belia negara yang bakal menggerakkan nadi pentadbiran negara suatu masa kelak.Masing-masing antara kita sudah terdedah dengan senario ini dan saya pasti ramai antara kita yang acapkali mendengar bahawa ibu bapa merupakan faktor dominan dalam pembentukan keperibadian anak-anak.

Pertama,ibu bapa yang juga bertindak sebagai katalis yang terpenting perlulah menunjukkan teladan yang baik dan mulia kepada anak-anak mereka,itulah,saya menyeru penerimaan anda semua akan kata-kata   seorang pujangga kita pada marcapada ini 'anak yang baik lahirnya daripada baka yang berkualiti'. Jika ibu bapa itu sendiri berani menerapkan budaya-budaya kamil terhadap anak-anak,mungkin sekaligus mendorong jauh pelajar tersebut daripada menghampiri gejala yang melibatkan penerapan budaya kuning dan cara hidup yang terlalu bebas atau secara hedonisme tanpa mengira baik buruknya yang akhirnya dapat meruntuhkan dan mencacatkan disiplin pelajar tersebut.Tamsilnya, sekarang ini masalah melepak dalam kalangan remaja kian meniti dari bibir ke bibir setiap masyarakat di negara kita,maka apabila ibu bapa langsung tidak mengekang anak mereka daripada menghampiri gejala sakit tersebut, maka tidak menjadi sebarang masalah untuk turut serta menjerumuskan diri mereka ke dalam lembah kerugian sekaligus sedikit demi sedikit menghakis disiplin pelajar tersebut.

Perspektif saya yang kedua pula,dalam usaha menongkah era pascamerdeka dan modenisasi serta abad liberalisasi kita yang terlampau sekarang ini, keteguhan iman seseorang pelajar tersebut itu mampu goyah dan tercabar, maka apbila kekangan ini disangkut pautkan dengan peranan mendalam oleh ibu bapa dan akibat tusukan kuat daripadan masalah ini, ibu bapa perlu memperkasakan lagi nilai keimanan dalam diri anak-anak dengan cara menghantar anak-anak ke kelas agama atau kelas bertunjangkan penerapan akhlak islamiah yang holistik. Sememangnya,apabila kita terjah dari satu sudut, peranan mendalam ibu bapa sudah memadai untuk mengiring pelajar tersebut bagi meningkatkan disiplin dalam diri mereka, tetapi jika diperhatikan daripada perspektif yang lain,penerapan daripada pengaruh lain juga amat diperlukan dan dimestikan bagi mencapai keteguhan iman dalam diri yang sememangnya mantap. Analoginya iaitu satu peristiwa hitam yang sudah sebati dalam diri masyarakat dan mengaburi mata banyak pihak serta sedikit sebanyak menghakis ketamadunan melayu, tidak lain tidak bukan kes pembuangan bayi yang semakin popular dan kian menular dalam diri pelajar yang bergelar belia sekarang ini. Bedasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan baru-baru ini, kes salah laku ini banyak datangnya daripada kurangnya keimanan dan kurang penerapan aspek agama bagi mengenal dosa pahala melakukan perkara terkutuk tersebut sehingga melahirkan kain-kain putih yang bersih yang tidak berdosa.

Hadirin yang saya hormati sekalian,
Ibu bapa hendaklah menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang mulia dan murni iaitu sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anak-anak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat mazmumah. Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu memiliki sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada anak-anak mereka. Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyeleweng, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.
Natijahnya, setelah diteliti hingga ke akar umbi, dapat saya simpulkan peranan orang rumah tersebut ditambah dengan prakarsa yang lain mampu untuk menjana dan membentuk anak-anak yang berdisiplin diibaratkan anak sebagai sebatang pohon yang utuh menggenggam tanah dirimbuni dedaunan hijau dan diwarnai buah lebat, tatkala dibaling batu maka dibalas dengan buah, sekian terima kasih.
Sumber: retibahasa.blogspot.com

Monday, July 29, 2013

Bahasa Melayu PMR Kertas 2 - usaha-usaha ibu bapa untuk membantu anak-anak membuat persiapan menghadapi peperiksaan.



Ibu bapa berperanan menentukan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan.
Bincangkan usaha-usaha ibu bapa untuk membantu anak-anak membuat persiapan menghadapi peperiksaan.

CONTOH JAWAPAN

Ibu bapa merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan anak-anak. Segala peranan yang dimainkan oleh ibu bapa memberikan impak yang besar terhadap masa depan anak-anak. Kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan utama seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM amat dinanti nantikan oleh ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak membuat persediaan dalam peperiksaan.

Anak-anak perlu membuat persediaan awal bak kata pepatah ‘Sediakan payung sebelum hujan’.Ibu bapa pula dapat membantu dengan menyediakan segala prasarana seperti bahan bacaan untuk rujukan, alat tulis dan menyediakan kawasan persekitaran yang kondusif untuk mereka mengulang kaji. Suasana yang harmoni di rumah juga penting agar anak-anak dapat belajar dalam suasana yang tenang.

Selain itu, anak-anak mesti bijak membahagikan masa terutamanya apabila menghadapi peperiksaan utama dalam kehidupan mereka. Penyediaan jadual ulangkaji yang sempurna amat penting kerana ‘masa itu emas’. Ibu bapa dapat membantu anak-anak menyediakan jadual waktu ini menggunakan beberapa konsep seperti SWOT. Tambahan pula, mereka boleh memantau segala aktiviti anak-anak agar tidak menganggu proses persiapan anak-anak mereka mennghadapi peperiksaan.

Pemakanan makanan seimbang seperti sayur-sayuran, susu, kekacang dan buah-buahan serta pengambilan vitamin untuk kesihatan diri dan kecergasan juga penting kerana otak yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas dan sihat. Pengambilan makanan yang berkhasiat dapat mempersiapkan diri anak-anak dari segi mental dan emosi. Sokongan sebegini oleh ibu bapa sekali gus akan membantu mengeratkan hubungan kasih sayang dalam diri anak-anak terhadap ibu bapa.

Di samping itu, ibu bapa harus memastikan emosi anak-anak tidak terganggu. Mereka harus berperanan sebagai tempat anak-anak berkongsi masalah dan perasaan. Anak-anak juga harus dilatih memperbanyak doa dan sembahyang dalam tempoh masa terdekat sebelum peperiksaan. Semangat dan dorongan oleh ibu bapa dapat menenangkan dan melahirkan keyakinan dalam diri anak-anak.

Tuntasnya, orang yang terdekat dengan anak-anak ialah ibu bapa, peranan ibu bapa sewaktu anak-anak menghadapi peperiksaan amat penting dan akan memberi sumbangan yang besar dalam keputusan peperiksaan anak-anak. Sehubungan itu, ibu bapa harus meluangkan masa dan tenaga dalam menyediakan cahaya mata mereka menghadapi peperiksaan.

Sumber: Pusat Tusyen Bistari

Karangan Berbentuk Laporan - Laporan Tahunan Kelab Komputer


Sebagai setiausaha kelab tersebut anda diminta untuk menyediakan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Tuliskan Laporan itu selengkapnya.

Kelab Komputer
SMK Balai Panjang

Pengerusi : Muhammad Amir Fikri
Setiausaha : Muhammad Amir Fahmy
Bendhari : Nur farah Ain

Laporan Tahunan Kelab Komputer SMK Balai Panjang.

      Persatuan Kelab Komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Panjang telah ditubuhkan pada tahun 1996. Persatuan ini mempunyai 115 orang ahli yang terdiri daripada murid-murid tingkatan satu hingga tingkatan lima. Matlamat utama penubuhan kelab ini adalah untuk membantu meningkatkan jumlah pelajar yang crlik komputer.

      Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan yang berbentuk akademik dan juga bukan akademik sepanjang tahun 2012. Aktiviti pertama yang dijalankan oleh kelab ini pada tahun 2012 ialah ceramah yang bertajuk "Kepentingan Komputer Dalam Meningkatkan Pengetahuan Pelajar" yang disampaikan oleh En. Mohammad Firdaus. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang komputer dan sekarang bertugas di Universiti Malaya. Ceramah ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan mempelajari komputer dan kaedah yang berkesan menggunakan komputer untuk mencari maklumat.

      Kelab juga telah menganjurkan pertandingan melukis poster menggunakan komputer. Pertandingan ini telah mendapat sambutan hangat daripada para pelajar. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu peringkat menengah rendah dan menengah atas.

      Selain itu, kami turut mengadakan kelas komputer setiap minggu kepada pelajar yang berminat. Kelas komputer ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan murid-murid kepada dunia komputer. Dengan cara ini juga murid-murid diajar cara yang betul dan beretika bagaimana hendak mendapatkan maklumat di internet.

      Semasa cuti penggal persekolahan pula, kami telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Universiti Multimedia. Banyak ilmu yang dapat kami timba sepanjang lawatan tersebut.

      Pada keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru penasihat kelab iaitu En. Amir bin Hamzah dan Puan Salina binti Husin yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami.

Laporan disediakan oleh,                                            15 Julai 2012

(...................................)
Muhammad Amir Fahmy
Setiausaha,
Kelab Komputer,
SMK Balai Panjang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...