Penggunaan peribahasa dalam karangan akan memberi impresi positif kepada pemeriksa bahawa anda mempunyai pengetahuan bahasa yang luas termasuk peribahasa. Oleh itu, anda perlu menggunakan peribahasa dalam setiap karangan.
Panduan menulis peribahasa dalam karangan.
1. Menggunakan satu tanda petik ` ’
Tanda petik jenis ini digunakan untuk menyatakan sesuatu tajuk atau bahagian yang difokuskan.
Contoh:
Peribahasa
‘usaha tangga kejayaan’ perlu dijadikan pegangan oleh sesiapa sesiapa sahaja yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini.
2. Menggunakan dua tanda petik " "
Tanda dua petik digunakan untuk maksud konsep cakap ajuk atau unsur personifikasi, iaitu seolah-olah `pepatah’ itu manusia atau orang tua yang memberikan nasihat atau berkata-kata.
Contoh:
(a) Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil bak kata pepatah,”
kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.”
(b) Orang tua-tua mengatakan, “
jauh perjalanan, luas pengalaman.” (Tiada kata hubung `bahawa')
3. Tanpa menggunakan tanda petik
Jika ayat tersebut berbentuk ayat cakap pindah atau keterangan, tanda petik tidak perlu digunakan.
Contoh:
(a) Setiap pelajar mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan seseorang kerana
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
(b) Ibu bapa sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka kerana pepatah Melayu mengatakan bahawa
bagaimana acuan begitulah kuihnya. (Ada kata hubung `bahawa')
Peribahasa (Perumpamaan dan pepata) Yang Terdapat Dalam Buku Teks Tingkatan 1 - 3
1. |
Air
beriak
tanda tak dalam |
|
Banyak
bercakap tanda tiada berilmu. |
2. |
Alang-alang
berminyak biar licin |
|
Berbuat
sesuatu jangan kepalang
tanggung. |
3. |
Alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan |
|
Kalau
sudah
terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya. |
4. |
Ayam
di
kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan |
|
Sangat
menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau
bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan
makmur. |
5. |
Bagai
air
mencari jenisnya |
|
Berusaha
untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak
mengenal jerih payah. |
6. |
Bagai
ayam
disambar helang |
|
Mati
tanpa sakit. |
7. |
Bagai
cendawan tumbuh selepas hujan |
|
Terlalu
banyak pada sesuatu masa. |
8. |
Bagai
cincin dengan permata |
|
Pasangan
pengantin yang sepadan. |
9. |
Bagai
kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu |
|
Hidup
dalam kemelaratan. (Kerakap
sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.) |
10. |
Bagai
layang-layang putus tali |
|
Tiada
berpedoman. Sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja. |
11. |
Bagai
menatang minyak yang penuh |
|
Memelihara
anak dengan penuh kasih sayang. |
12. |
Bagai
murai dicabut ekor |
|
Orang
yang suka bercakap. |
13. |
Bagai
minyak dengan air |
|
Orang
baik
kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat. |
14. |
Bagai
pucuk dilancarkan |
|
Amat
cepat |
15. |
Bagaimana
acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya |
|
Perangai
anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya. |
16. |
Baik
membawa resmi padi daripada resmi lalang |
|
Tidak
sombong; rendah diri. |
17. |
Belayar
sambil memapan, merapat sambil belayar |
|
Sesekali
melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. |
18. |
Belum
duduk sudah berlunjur |
|
Belum
memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira
lebih dulu. |
19. |
Berat
mata
memandang berat lagi bahu memikul |
|
Betapa
berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi
penderitaan itu pada orang yang menanggungnya. |
20. |
Berjagung-jagung
dahulu sementara padi masak |
|
Sementara
menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah. |
21. |
Bagai
murai dicabut ekor |
|
Orang
yang suka bercakap. |
22. |
Biar
mati
anak jangan mati adat |
|
Adat
yang
tidak boleh dilanggar |
23. |
Biar
putih
tulang jangan putih mata |
|
Lebih
baik
mati daripada menanggung malu. |
24. |
Carik-carik
bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga |
|
Perselisihan
faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya
akan berbaik semula. |
25. |
Diam-diam
ubi berisi; diam-diam besi berkarat |
|
Orang
berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak
berilmu. |
26. |
Diibaratkan
sebagai condong ditumpil, lemah dianduh |
|
Memberi
pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan. |
27. |
Dimana
ada kemahuan, disitu ada jalan |
|
Seseorang
yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya. |
28. |
Genggam
bara api biar sampai jadi arang |
|
Membuat
sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai
kejayaannya. |
29. |
Harimau
mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama |
|
Orang
baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan
semasa hidupnya. |
30. |
Hendak
belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai |
|
Setiap
yang berkemahuan, tentu ada jalan. |
31. |
Hendak
seribu daya tak hendak seribu dalih |
|
Orang
berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak
berilmu. |
32. |
Ibarat
burung, mata terlepas badan terkurung |
|
Tidak
ada kebebasan atau kemerdekaan.
Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis itu ibarat burung,mata
terlepas badan terkurung. |
33. |
Jika
ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau |
|
Kepandaian
hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan
hilang begitu sahaja.. |
34. |
Kalau
tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah |
|
Tentu
ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi - Setiap
kejadian meninggalkan kesan.. |
35. |
Kalau
tiada rotan akar pun berguna |
|
Sesuatu
perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan
apa yang ada. |
36. |
Kalau
tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya |
|
Kita
tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha. |
37. |
Kalau
tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang |
|
Kalau
terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya. |
38. |
Perempuan
serasan, lelaki pemalu |
|
Pegangan
hidup yang tidak serupa. |
39. |
Sebagai
gembala diberi keris |
|
Orang
yang mendapat sesuatu yang tidak berguna. |
40. |
Sekali
membuka pura, dua tiga hilang berbayar |
|
Sekali
melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. |
41. |
Semacam
besar pacak daripada tiang |
|
Belanja
lebih besar daripada pendapatan. |
42. |
Seperti
air dalam dulang |
|
Negeri
yang aman sentosa. |
43. |
Seperti
api di dalam sekam |
|
Kejahatan
yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari. |
44. |
Seperti
aur dengan tebing |
|
Dua
orang yang berkawan rapat dan saling membantu
Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup menyendiri sebaliknya hiduplah
seperti aur dengan tebing.. |
45. |
Seperti
aur ditarik songsang |
|
Pekerjaan
atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan. |
46. |
Seperti
embun dihujung rumput |
|
Tidak
kekal. |
47. |
Seperti
harimau menyembunyikan kukunya |
|
Orang
yang menyembunyikan kelebihannya. |
48. |
Seperti
hujan jatuh ke pasir |
|
Nasihat
yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia. |
49. |
Seperti
lintah menghisap darah |
|
Meletakkan
faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut. |
50. |
Seperti
lipas kudung |
|
Selalu
bergerak dengan cepat. |
51. |
Ular
menyusur akar tidak akan hilang bisanya |
|
Orang
besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. |
52. |
Yang
dikejar tak dapat yang dikendong berciciran |
|
Terlalu
tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu
yang sudah dimiliki. |
Rujukan:
1.
http://bahasamelayuspmteachermrchandra.blogspot.com
2.
http://agy7500.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment