Monday, July 29, 2013


Sebagai setiausaha kelab tersebut anda diminta untuk menyediakan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Tuliskan Laporan itu selengkapnya.

Kelab Komputer
SMK Balai Panjang

Pengerusi : Muhammad Amir Fikri
Setiausaha : Muhammad Amir Fahmy
Bendhari : Nur farah Ain

Laporan Tahunan Kelab Komputer SMK Balai Panjang.

      Persatuan Kelab Komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Panjang telah ditubuhkan pada tahun 1996. Persatuan ini mempunyai 115 orang ahli yang terdiri daripada murid-murid tingkatan satu hingga tingkatan lima. Matlamat utama penubuhan kelab ini adalah untuk membantu meningkatkan jumlah pelajar yang crlik komputer.


      Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan yang berbentuk akademik dan juga bukan akademik sepanjang tahun 2012. Aktiviti pertama yang dijalankan oleh kelab ini pada tahun 2012 ialah ceramah yang bertajuk "Kepentingan Komputer Dalam Meningkatkan Pengetahuan Pelajar" yang disampaikan oleh En. Mohammad Firdaus. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang komputer dan sekarang bertugas di Universiti Malaya. Ceramah ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan mempelajari komputer dan kaedah yang berkesan menggunakan komputer untuk mencari maklumat.

      Kelab juga telah menganjurkan pertandingan melukis poster menggunakan komputer. Pertandingan ini telah mendapat sambutan hangat daripada para pelajar. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu peringkat menengah rendah dan menengah atas.

      Selain itu, kami turut mengadakan kelas komputer setiap minggu kepada pelajar yang berminat. Kelas komputer ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan murid-murid kepada dunia komputer. Dengan cara ini juga murid-murid diajar cara yang betul dan beretika bagaimana hendak mendapatkan maklumat di internet.

      Semasa cuti penggal persekolahan pula, kami telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Universiti Multimedia. Banyak ilmu yang dapat kami timba sepanjang lawatan tersebut.

      Pada keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru penasihat kelab iaitu En. Amir bin Hamzah dan Puan Salina binti Husin yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami.

Laporan disediakan oleh,                                            15 Julai 2012

(...................................)
Muhammad Amir Fahmy
Setiausaha,
Kelab Komputer,
SMK Balai Panjang.


1 comment:

Followers

Contoh-contoh Karangan Bahasa Melayu PMR, Contoh Karangan Bahasa Melayu PMR Kertas 2.

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Posts

Follow Twitter Cikgu

Liked FB Page kami

Follow Kami di G+

Translate

Popular Posts