Monday, September 30, 2013


Karangan Bahasa Melayu PMR

Penggunaan peribahasa dalam karangan akan memberi impresi positif kepada pemeriksa bahawa anda mempunyai pengetahuan bahasa yang luas termasuk peribahasa. Oleh itu, anda perlu menggunakan peribahasa dalam setiap karangan.

Panduan menulis peribahasa dalam karangan.

1. Menggunakan satu tanda petik ` ’

Tanda petik jenis ini digunakan untuk menyatakan sesuatu tajuk atau bahagian yang difokuskan.

Contoh:

Peribahasa ‘usaha tangga kejayaan’ perlu dijadikan pegangan oleh sesiapa sesiapa sahaja yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini.


Karangan Bahasa Melayu PMR

Rangka.

Pendahuluan
  • bertanya khabar
  • menjelaskan keadaan diri
Isi-isi penting.

Isi 1
  • menyatakan perasaan rindu terhadap keluarga
  • gelagat dan kerenah adik-adik

Sunday, September 29, 2013

   
Karangan Bahasa Melayu PMR

     Ramai yang berbicara tentang dadah, tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri apakah yang dimaksudkan dengan dadah? Dadah merupakan najis yang telah mengancam negara kita sejak sekian lama dan isu penyalahgunaan dadah masih kekal menjadi musuh utama negara. Dadah secara rationalnya digambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dijauhi. Penyalahgunaan dadah berlaku apabila dadah digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan diambil oleh seseorang tanpa pengawasan pihak perubatan. Dadah memberi kesan negatif ke atas sistem badan, tingkah laku manusia dan sebagainya. Keburukan yang diterima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak berbanding kebaikan dan manfaatnya yang boleh didapati. Jika diteliti, dadah disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti mengelakkan rasa sakit, mendapatkan rasa segar, mengelakkan tekanan hidup, melarikan daripada kesengsaraan dan sebagainya.


Karangan Bahasa Melayu PMR

Kepekaan dan keberanian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui wujudnya masalah disiplin dalam kalangan atlet sukan dari sudut pengambilan minuman keras dan bahan terlarang harus disambut baik oleh semua pihak.

Tindakan untuk menyiasat dan mengkaji punca permasalahan adalah pendekatan yang proaktif demi untuk merancang dan melaksanakan sistem dan proses yang lebih mantap dalam pengurusan sukan di negara ini.


Kesan penyalahgunaan dadah

Kerajaan telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara sejak tahun 1983 lagi. Kini, setelah 30 tahun berlalu, gejala ini masih belum dapat dibendung sepenuhnya, malah semakin serius. Penyalahgunaan dadah kini merangkumi jenis dadah bukan sintetik (seperti heroin, morfin, candu dan ganja) dan jenis sintetik (seperti syabu, pil psikotropik, ecstasy dan amphetamine). Jumlah penagih dadah terkumpul yang direkodkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (A.D.K.) terus meningkat saban tahun.

Monday, September 16, 2013


Karangan Bahasa Melayu PMR

Karangan berbentuk wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati, atau ingin tahu sesuatu perkara )
  • seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama
  • setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih
  • sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang. 

Format karangan ini
  • nama watak ditulis selari di sebelah kiri
  • selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari
  • Mulakan perbualan dengan salam sejahtera
  • anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan “Encik”, “Tuan”, ataupun “Makcik”
  • pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah / dialog.
  • boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ‘tak’ , ‘dah’
  • soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.
  • Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
  • elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan “ya” atau “tidak”.
  • soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.
  • kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )
  • tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
  • mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
  • soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh
  • Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.
Contoh Karangan Wawancara.



Monday, September 9, 2013




  • Karangan jenis ini membicarakan dua sudut secara serentak iaitu sesuatu isu dan persoalan.
  • Setelah mengemukakan pengenalan (maksud atau definisi tajuk) perlu mentafsirkan tajuk sama ada benar atau salah, baik atau buruk, tetapi pendapat menjurus ke arah tajuk
  • Tulis bahagian isi ( pastikan anda dapat menyediakan 4 isi )
  • Setiap isi haruslah dibincangkan ( yang penting didahulukan )
  • Kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi ( perlu penghujahan yang benar dan logik )
  • Setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup ( berupa penegasan terhadap tajuk ).
Contoh karangan

Wednesday, July 31, 2013



Anda akan menyertai pertandingan syarahan yang diadakan pada peringkat sekolah.Tajuk syarahan yang dipilih ialah ‘Pembentukan Disiplin Anak-anak bermula dari Rumah’.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, delegasi kehakiman terhormat, penjaga masa yang patuh akan setiap detik waktunya,seterusnya hadirin-hadirat warga dewan berdedikasi sekalian, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.Tegaknya angsana di dalm rimba keran pautan akar yang utuh, tegaknya saya pada hari ini adalah untuk mengupas,menghuraikan dan menyajikan kepada semua mengenai rajah pembentukan disiplin anak-anak bermula dari rumah.

Monday, July 29, 2013



Ibu bapa berperanan menentukan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan.
Bincangkan usaha-usaha ibu bapa untuk membantu anak-anak membuat persiapan menghadapi peperiksaan.

CONTOH JAWAPAN

Ibu bapa merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan anak-anak. Segala peranan yang dimainkan oleh ibu bapa memberikan impak yang besar terhadap masa depan anak-anak. Kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan utama seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM amat dinanti nantikan oleh ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak membuat persediaan dalam peperiksaan.

Followers

Karangan Bahasa Melayu PMR

Contoh-contoh Karangan Bahasa Melayu PMR, Contoh Karangan Bahasa Melayu PMR Kertas 2.

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Posts

Google+ Followers

Follow Twitter Cikgu

Liked FB Page kami

Follow Kami di G+

Translate

Popular Posts

Karangan Bahasa Melayu SPM