Monday, September 16, 2013


Karangan Bahasa Melayu PMR

Karangan berbentuk wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati, atau ingin tahu sesuatu perkara )
  • seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama
  • setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih
  • sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang. 

Format karangan ini
  • nama watak ditulis selari di sebelah kiri
  • selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari
  • Mulakan perbualan dengan salam sejahtera
  • anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan “Encik”, “Tuan”, ataupun “Makcik”
  • pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah / dialog.
  • boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ‘tak’ , ‘dah’
  • soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.
  • Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
  • elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan “ya” atau “tidak”.
  • soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.
  • kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )
  • tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
  • mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
  • soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh
  • Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.
Contoh Karangan Wawancara.



0 comments:

Post a Comment

Followers

Contoh-contoh Karangan Bahasa Melayu PMR, Contoh Karangan Bahasa Melayu PMR Kertas 2.

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Posts

Follow Twitter Cikgu

Liked FB Page kami

Follow Kami di G+

Translate

Popular Posts